Header Ads

Bekal daging dan ayam tamat tempoh kepada McDonalds dan KFC

Para pekerja Husi Food kelihatan tidak bekerja setelah kilang mereka ditutup.
Rangkaian restoran makanan segera di China, termasuk McDonalds dan KFC berhenti menggunakan daging dan ayam dari syarikat pembekal di Shanghai selepas didakwa syarikat berkenaan membekalkan daging yang tamat tempoh.

Dalam satu kenyataan, McDonalds memberitahu, mereka telah berhenti menggunakan produk daripada Husi Food.

Langkah itu diambil selepas sebuah stesen televisyen tempatan telah menyiarkan para pekerja syarikat Husi Food secara sengaja mencampurkan daging dan ayam yang sudah tamat tempoh dengan yang segar untuk mengelabui pemeriksa makanan dari rangkaian restoran segera.

Berikutan itu, pihak berkuasa Shanghai telah menutup syarikat Husi Food dan merampas pelbagai produk yang didakwa mengandungi daging yang sudah tamat tempoh.

Kilang berkenaan kini sedang disiasat polis dan menurut para pegawai polis, pihak-pihak yang bertanggung jawab akan berdepan "hukuman berat" .

Selain McDonalds dan KFC, rangkaian francais yang dilaporkan turut dibekalkan dengan daging tamat tempoh adalah Pizza Hut.

Para pelanggan dilaporkan telah hilang kepercayaan terhadap keselamatan dan kebersihan makanan di China disebabkan pelbagai masalah yang timbul, antaranya sebelum ini susu formula yang dicampur dengan melamin konon untuk meningkatkan kadar protein.
Dikuasakan oleh Blogger.