Header Ads

Bekas Timbalan Menteri letak jawatan tunjuk solidariti

Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti, Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini telah mengumumkan bahawa beliau juga akan meletakkan jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM).

Perkara ini telah diumumkan oleh beliau sendiri di dalam Facebook miliknya pada jam 11 pagi, kelmarin.

“Profesor Datuk Redzuan Othman adalah Pengarah dan Pengasas Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCedel) & Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS). Oleh kerana arahan daripada pihak tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini, beliau diarah meletakkan jawatan sebagai Pengarah UMCedel.

“Tetapi beliau tidak menghebohkan cerita ini. Kelmarin, beliau tidak disambung sebagai dekan FSSS. Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti dengan beliau, saya meletak jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan UM hari ini,” tulisnya di dalam Facebook miliknya, kelmarin.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.