Header Ads

Belanda desak Putin tekan pemberontak benar pasukan penyiasat ke lokasi

Barat terus mendesak Russia memberi tekanan kepada para pemberontak pro Russia agar memberikan akses penuh kepada pasukan penyiasat ke lokasi pesawat MH17 Malaysia yang jatuh pada Khamis lalu.

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menjelaskan, dia mengatakan kepada Presiden Russia, Vladimir Putin bahawa dia mempunyai satu peluang terakhir untuk menunjukkan bahawa Moscow berhasrat membantu dalam hal itu. Rutte mengatakan beliau telah berbual panjang dalam telefon dengan Putin.

"Saya mengatakan kepadanya 'Waktu semakin singkat bagi anda untuk menunjukkan kepada dunia bahawa anda mempunyai niat baik'," kata Rutte seperti dipetik dari BBC hari ini.

Tambah Rutte lagi, rakyat Belanda begitu marah dengan gambar mayat yang ditayang sedang diangkut di lokasi kemalangan dan meminta Presiden Rusia untuk menunjukkan bahawa beliau akan melakukan apa yang diharapkan dari dirinya dan akan mengerahkan atas pengaruhnya.

Sehingga kini, kewujudan kotak hitam perakam penerbangan pesawat itu masih lagi menjadi tanda tanya dan misteri. Sementara Ukraine telah menuduh kumpulan pemberontak di lokasi tragedi cuba memusnahkan bukti adanya 'jenayah antarabangsa'.

Menurut wartawan BBC yang ke lokasi mengatakan ia melihat mayat telah diangkut oleh pekerja kecemasan, tapi tidak jelas ke mana mayat berkenaan dibawa dan tidak diketahui ianya dibawa oleh para kumpulan pemberontak atau kerajaan di Kiev.
Dikuasakan oleh Blogger.