Header Ads

Brazil mara, temu Jerman di separuh akhir

Luiz muncul wira selepas menjaringkan gol kemenangan Brazil.
David Luiz muncul penyelamat Brazil selepas menjaringkan rembatan padu untuk membantu pasukan tuan rumah membenam Colombia 2-1, pada saingan suku akhir Piala Dunia, awal pagi Sabtu.

Kemenangan itu membolehkan Brazil mara ke peringkat separuh akhir di mana pasukan itu akan bertemu dengan Jerman yang melangkah lebih awal selepas menewaskan Perancis 1-0.

Namun, Brazil pastinya berdepan laluan sukar dalam memburu trofi Piala Dunia keenam.

Brazil memperoleh gol seawal minit ketujuh menerusi jaringan kapten pasukan, Tiago Silva selepas menyempurnakan sepakan percuma yang diambil oleh Neymar.

Pasukan kendalian pengurus Felipe Scolari itu tampak berada pada kedudukan selesa apabila Luiz menggandakan jaringan pada minit ke-69.

Namun, Colombia bangkit untuk merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti Rodriguez pada minit ke-79.

Ia merupakan gol keenam Rodriguez yang mengekalkan beliau sebagai penjaring terbanyak setakat ini.

Disebalik kejayaan Brazil itu, penyokong tuan rumah kelihatan resah selepas ayam tambatan mereka, Neymar terpaksa diusung keluar padang selepas dikasari pemain lawan pada lewat babak permainan.

Namun Brazil berjaya mengekalkan kedudukan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sementara itu, Scolari mengesahkan Neymar akan terlepas aksi menentang Jerman selepas bergelut dengan kecederaan belakang.

Neymar dilihat berlanggar dengan pemain Colombia, Juan Camilo Zuniga pada aksi suku akhir itu.

"Kami kehilangan Neymar pada saat-saat akhir, berdasarkan pemerhatian saya, saya rasa agak sukar untuk dia beraksi di separuh akhir," kata Scolari.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.