Header Ads

Brazil tamatkan kontrak Scolari

Selepas menerima nasib malang di laman sendiri dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2014, Brazil dilaporkan menamatkan kontrak jurulatih mereka, Luiz Felipe Scolari.

Scolari terpaksa menerima nasibnya selepas Brazil gagal mengubat luka kekalahan memalukan 1-7 kepada Jerman dalam aksi separuh akhir selasa lepas, apabila tewas mengejut kepada Belanda 0-3 dalam aksi penentuan tempat ketiga pada Sabtu lalu.

Keputusan itu merupakan kekalahan paling teruk selepas Brazil tewas kepada Uruguay pada 1950.

Kerana itu, Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) tidak menyambung kontrak jurulatih kebangsaan mereka itu.

Pencapaian terbaik Scolari, yang juga dikenali sebagai Felipao, adalah pada tahun 2002 selepas Brazil memenangi Piala Dunia di Jepun.
Dikuasakan oleh Blogger.