Header Ads

Brigad al-Qassam tewas 11 tentera zionis

Kumpulan Hamas Palestin terus menghalang pencerobohan tentera zionis di Gaza. Pertempuran darat di wilayah tersebut semakin sengit.

Pasukan sayap bersenjata Hamas, al-Qassam Brigades menyatakan pihaknya berjaya menumpaskan 11 tentera zionis selepas empat 'Operasi Istimewa' dalam 24 jam.

"Pasukan khas kami berjaya menyusup melalui terowong ke barisan musuh. Dan pejuang kami bertarung melawan mereka," demikian kenyataan al-Qassam Brigades, seperti dipetik dari al-Arabiya, semalam.

"Salah seorang pejuang kami mengesahkan lima tentera zionis telah terbunuh, tiga antara ditembak pada bahagian kepala dan dua lagi ditembak pada badan."

Dalam sebuah video yang disebar di internet dilihat pasukan sniper Hamas membidik tembakan ke arah tentera zionis.

Pihak regim Israel kemudian mengesahkan bahawa ada pegawai-pegawai kanan di antara tentera yang terbunuh iaitu major Amotz Greenberg dan tentera, Sarjan Adar Barsano.

Menurut Jerusalem Post, dua tentera zionis mengalami kecederaan dalam pertempuran dengan Hamas.

Namun, angka korban di pihak regim Israel tidak sebanyak jumlah korban di Gaza. Setakat ini, lebih 320 penduduk Gaza telah terbunuh semenjak serangan udara dan darat yang dilancarkan tentera regim Israel.
Dikuasakan oleh Blogger.