Header Ads

Di María selamat maruah Argentina

Ángel di María menjadi menjadi penyelamat maruah Argentina selepas menjaringkan gol kemenangan pasukannya ke atas Switzerland di minit 118 di separuh masa kedua masa tambahan selepas kedua-dua pasukan seri 0-0 di 90 minit permainan dalam perlawanan kalah mati (pusingan ke-16) Piala Dunia FIFA 2014 di Arena Corinthians, São Paulo awal pagi ini.

Agentina terpaksa berhempas pulas mencari gol kemenangan apabila berdepan kesukaran menembusi benteng pertahanan Switzerland.

Ketika perlawanan tampak berakhir dengan penentuan sepakan penalti selepas masing-masing bertukar serangan, namun akhirnya Di María yang mendapat hantaran lintang dari Lionel Messi yang mengelecek beberapa pemain Switzerland, bersahaja Ángel di María melepaskan sepakan ke penjuru kanan pintu gol Switzerland yang akhirnya menewaskan Diego Benaglio untuk gol kemenangan 1-0 Argentina.

Di minit kecederaan masa tambahan, Switzerland tidak mahu mengaku kalah apabila terus mengasak benteng Argentina.

Peluang terakhir Switzerland untuk menyamakan kedudukan hadir di minit ke-123 apabila dihadiahkan sepakan percuma betul-betul di hadapan pintu gol Argentina, namun ia dipersia-siakan sebelum pengadil membunyikan wisel penamat sekaligus meletakkan Argentina layak ke suki akhir kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil. -WarkahDaily
Dikuasakan oleh Blogger.