Header Ads

Dua rakyat Palestin terbunuh mangsa kekejaman rejim Israel dalam serangan pesawat tanpa juruterbang

Dua rakyat Palestin di Gaza menjadi mangsa terbaru kekejaman rejim Israel apabila terbunuh dalam serangan menggunakan pesawat tanpa juruterbang atau drone.

Menurut sumber perubatan Palestin, kejadian berlaku selang beberapa jam selepas dua rakyat Palestin terbunuh dalam satu serangan berasingan.

Jurucakap perkhidmatan kesihatan Semenanjung Gaza, Ashraf al-Qudra berkata selain dua yang terbunuh, dua lagi penduduk Palestin turut cedera dalam serangan di timur Rafah itu.

Menurut saksi dua yang terbunuh itu adalah anggota pejuang Palestin, namun dua yang cedera adalah terdiri dari orang awam.

Sementara itu sebuah cabang bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata enam anggota kumpulan itu terbunuh dalam serangan di Rafah. Namun kenyataan itu tidak dapat disahkan.

Mereka dikatakan terbunuh selepas terowong yang menjadi tempat perlindungan mereka runtuh dibedil pesawat Israel.

Menurut tentera rejim, mereka mensasarkan serangan keatas kumpulan yang melancarkan serangan roket.

Penculikan dan pembunuhan kejam remaja Palestin Mohammed Abu Khder pada 2 Julai lalu telah menyebabkan pertempuran selama empat hari antara pejuang Palestin dan rejim Israel di timur Baitul Maqdis dan ketegangan mula merebak ke beberapa bandar lain.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.