Header Ads

Empat cedera roller coaster tergelincir

Empat cedera apabila roller coaster yang dinaiki pengunjung taman tema 'Six Flags' tiba-tiba tergelincir pada Isnin di Valencia, California.

Menurut pihak berkuasa, insiden itu berlaku selepas roller coaster berkenaan terlanggar dahan pokok di taman tema berkenaan sehingga menyebabkan gerabak pertama roller coaster terkeluar daripada landasan.

Kejadian itu turut menyebabkan 22 penumpang tergantung kira-kira ketinggian 30 kaki di udara selama tiga jam sebelum diselamatkan oleh anggota bomba.

Dua yang cedera segera dikejarkan ke hospital walaupun semua mangsa mengalami kecederaan kecil.

Menurut penjaga taman tema, kejadian berlaku jam 5.30 petang.Ekoran kejadian, taman tema ini ditutup kepada orang awam untuk siasatan.
Dikuasakan oleh Blogger.