Header Ads

Erdogan bakal tanding bawatan Presiden Turki

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan akan bertanding bagi jawatan Presiden Turki dalam satu pilihan raya, Ogos ini, lapor BBC.

Perkara itu disahkan partinya, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

Erdogan telah memegang jawatan Perdana Menteri sejak 2003 namun dilarang untuk bertanding pada penggal baru.

Walaupun berhadapan pelbagai skandal dan tuduhan, ada pihak mendakwa Erdogan telah menjadi lebih autoritarian, bagaimanapun beliau menafikannya dan mendakwa musuh politik cuba menggulingkannya.

Erdogan mahu memberi kuasa baru kepada Presiden di mana kebanyakannya adalah hanya istiadat.

Sebelum ini, penyandang jawatan Presiden dipilih oleh Parlimen, tetapi buat pertama kali, Turki akan memilih Presiden mereka dalam pilihan raya, Ogos ini.

April lalu, penyandang, Abdullah Gul bertukar tugas dengan Erdogan apabila penggalnya berakhir.

AKP telah menang enam pilihan raya berturut-turut di peringkat nasional dan tempatan.

Pada Selasa lepas, pengumuman itu disambut tepukan gemuruh oleh ahli parti dalam satu mesyuarat di Ankara.

"Calon untuk Presiden ke-12 adalah Perdana Menteri kita, ketua parti kita dan penggubal undang-undang Istanbul, Recep Tayyip Erdogan," kata Timbalan Ketua AKP, Mehmet Ali Sahin.
Dikuasakan oleh Blogger.