Header Ads

Erdogan sifatkan regim zionis lebih kejam dari Hitler

Perdana Menteri, Turki Recep Tayyip Erdogan mengecam keras pencerobohan tentera zionis secara membabi buta ke atas Gaza, Palestin dengan menyifatkan serangan regim Israel itu jauh lebih kejam dari Hitler.

"Israel tidak berperikenmanusiaan..tidak dihormati, tidak disegani..Mereka mengutuk Hitler siang dan malam, tetapi kejahatan mereka melampaui Hitler dalam hal kezaliman," ujar Erdogan yang dipetik dari al-Arabiya, hari ini.

Kenyataan Erdogan itu berkaitan operasi serangan regim ke atas Gaza sejak 8 Julai lalu.

Dilaporkan ketika ini regim Israel memperluaskan serangan, bermula di darat dan udara.

Pemimpin Turki itu turut menilai ahli-ahli politik sayap kanan Israel Ayelet Shaked mempunyai mental seperti Hitler atas kenyataan angkuh negara haram zionis itu menyebut warga Palestin perlu mati.

Sebelumnya, Erdogan telah berkali-kali menyuarakan kecamannya terhadap regim Israel. Dia menyebut negara tempat umat Yahudi itu melakukan pembunuhan beramai-ramai atau pembunuhan besar-besaran terhadap Palestin.

Perdana Menteri Turki itu juga turut menyebut Israel kerap menolak usaha pembaikan hubungan dengan Hamas dan memilih jalan kekerasan.

Pejabat kesihatan Palestin melaporkan jumlah korban nyawa di Gaza hingga kini mencapai 425 orang, sebanyak 2,700 lain tercedera. Mereka terdiri daripada 112 anak, 41 wanita, dan 25 orang yang sudah berusia.

"Satu perempat daripada jumlah yang terkorban adalah mereka yang diserang tentera zionis dalam operasi darat," ujar pegawai berkenaan.
Dikuasakan oleh Blogger.