Header Ads

GST akan beri kesan kepada industri ICT

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula April 2015 dilihat bakal memberi kesan kepada industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Persatuan Kebangsaan ICT Malaysia (Pikom) Woon Tai Hai berkata, buat masa ini produk ICT tidak dikenakan cukai jualan, tetapi apabila GST dilaksanakan produk tersebut akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus.

“Oleh itu kami cuba memohon daripada kerajaan supaya produk ICT tidak dikenakan cukai GST,” katanya selepas membentangkan prospek pasaran pekerjaan sektor ICT 2014 oleh Pikom di Damansara.
Dikuasakan oleh Blogger.