Header Ads

Hamas beri amaran keras terhadap rejim Zionis

Gerakan Hamas memberi amaran keras terhadap rejim Zionis yang kononnya mahu 'menghukum' mereka selepas mayat tiga remaja Israel hilang ditemui di Tebing Barat, baru-baru ini.

"Jika peperangan tercetus, rejim Zionis sememangnya mengundang nahas!' kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.

Difahamkan, mayat tiga remaja terbabit ditemui di sebuah kawasan lapang dekat Halhul, kira-kira 10 minit dari lokasi terakhir mereka dilihat.

Sebelum ini, Israel berulang kali menuduh Hamas sebagai dalang bertanggungjawab menculik kesemua remaja tersebut sehingga menyebabkan ratusan individu diberkas dalam beberapa serbuan sejak beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, Hamas menolak dakwaan tidak berasas itu yang turut disifatkan sebagai helah bodoh Israel untuk melumpuhkan gerakan Islam terbabit.

"Kisah kehilangan dan pembunuhan ketiga-tiga remaja itu telah dirancang dengan teliti semata-mata untuk menentang Hamas," menurut Sami.

Menurut sebuah laporan yang dipetik dari Al-Arabiya tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas 34 lokasi di Genting Gaza kononnya sebagai 'hukuman' ke atas Hamas dan Gerakan Jihad Islam.

Dikuasakan oleh Blogger.