Header Ads

IKIM fm nafi buat kenyataan jangan beli ikan air tawar di pusat beli-belah ternama

Kandungan mesej di aplikasi WhatsApp yang tersebar secara meluas.
IKIM.fm tidak pernah membuat kenyataan menggesa orang ramai supaya tidak membeli ikan air tawar di beberapa pusat beli-belah ternama kerana menjual Ikan yang diberi makan bangkai babi.

Ketua Pegawai Perhubungan Korporat Unit Perhubungan Korporat IKIM, Sapuah Nawawi berkata, kandungan mesej dalam aplikasi WhatsApp mengenai gesaan itu seperti yang tersebar dalam kalangan orang ramai pagi ini tidak benar.

“IKIM fm menafikan kandungan mesej di aplikasi WhatsApp yang tersebar pagi ini berkenaan dakwaan “kolam ikan patin Batu Gajah Ipoh kering kontang, penuh dengan tulang khinzir. Berikutan dengan itu, diingatkan! Jangan beli ikan air tawar di pasaraya Billion, Econsave, Giant, Tesco, AEON dan Rapid. Semua ‘supplier’ ikan bangsa Cina. Keluar dalam radio IKIM pagi tadi’,”.

“Dimaklumkan bahawa penyampai radio hanya membaca berita di akhbar-akhbar utama tanpa menyebut nama-nama pasar raya berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Sapuah berkata, IKIM fm memohon orang ramai tidak mempercayai dan menyebarkan mesej tersebut dan berasa kesal dengan tindakan pihak yang membuat penyebaran itu.
Dikuasakan oleh Blogger.