Header Ads

ISIS mengaku bertanggungjawab pengeboman berani mati bunuh 27 Syiah

Pertempuran di utara Iraq dan barat telah memburukkan lagi krisis politik di Baghdad - foto Reuters
Kumpulan yang mendakwa mereka dari 'Islamic State of Iraq and Syria (ISIS)' mengaku telah melakukan pengeboman kereta di kawasan orang ramai penduduk Syiah di Baghdad menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, kumpulan berkenaan berkata mereka telah membunuh dan mencederakan 150 orang dalam serangan pada Sabtu, lebih ramai daripada apa yang dijangkakan.

ISIS menyatakan dua pengebom berani mati yang terlibat dalam serangan berkenaan dikenali Abu al-Qaaqaa al-Almaani dan Abu Abdul Rahman al-Shami, diberi nama gelaran palsu konon seorang lelaki dari Jerman dan Syria.

Menurut mereka, pengeboman pertama berlaku dalam penempatan Syiah Abu Dashir, di mana pengebom berani mati memandu kereta penuh dengan bahan letupan menuju ke pusat pemeriksaan sehingga membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang dan mencederakan 19 orang.

Antara yang terbunuh ialah seorang pegawai polis dan empat anggota biasa.

Kemudian letupan kedua berlaku apabila tiga bom kereta meletup di daerah Baya, Jihad dan Kadhimiyah.

Sumber polis memberitahu al Jazeera bahawa bom kereta di Kadhimiyah membunuh sembilan orang manakala 20 lagi tercedera.

Pegawai hospital di Baghdad turut mengesahkan angka mangsa dalam semua serangan.
Dikuasakan oleh Blogger.