Header Ads

Jeneral Rusia tuduh jet tempur Ukraine tembak jatuh pesawat MH17

Rusia telah membuat satu penjelasan kontroversi berkaitan pesawat Malaysia Airlines MH17 yang didakwa ditembak jatuh minggu lepas.

Bercakap kepada media, seorang pegawai tinggi AD Rusia, Leftenan Jeneral Andrei Kartopolov, hari ini menyebut, sebuah jet pejuang Ukraine kemungkinan terlibat dalam tragedi itu dan bukan kumpulan pemisah Ukraine.

Manakala risikan AS pula yakin sebuah peluru berpandu darat ke udara yang dilancarkan dari wilayah timur Ukraine yang diduduki pemberontak pro-Rusia menjadi penyebab jatuhnya pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan krew itu.

Namun Kartopolov berkata, data penerbangan menunjukkan sebuah jet pejuang Ukraine terbang hanya beberapa kilometer dari pesawat Malaysia Airlines itu ketika pesawat berkenaan jatuh.

Tambah Kartopolov lagi, jet pejuang SU-25 milik Ukraine itu terbang dalam jarak tiga hingga lima kilometer dari MH17 dan kemungkinan jet itulah yang menembak jatuh MH17.

"SU-25 boleh dengan mudah terbang dengan ketinggian 10,000 meter dan biasanya bersenjatakan peluru berpandu udara ke udara R-60 yang boleh mengenai sasaran dalam jarak maksimum 12 kilometer sehingga dalam jarak 5 kilometer sebuah sasaran yang 'ditargetkan' pasti boleh dikenakan," kata Kartopolov.

Kartopolov menambah, Kementerian Pertahanan Rusia turut ingin tahu mengapa sebuah jet pejuang dan pesawat komersial terbang di laluan yang sama dan dalam waktu yang sama, "ujar Kartopolov.

Dia turut membantah terhadap tuduhan bahawa Rusia yang menyediakan sistem pertahanan udara peluru berpandu Buk kepada para pemberontak pemisah pro-Rusia.

Kartopolov berkata lagi, Rusia mempunyai bukti bahawa Ukraine telaj meletakkan sistem pertahanan udara Buk di berhampiran kawasan yang dikuasai pemberontak.
Dikuasakan oleh Blogger.