Header Ads

Jerman hanya ambil masa 18 minit musnahkan impian tuan rumah

Jerman cipta sejarah baru piala dunia apabila menumpaskan Brazil 7-1, dan memusnahkan impian tuan rumah dalam 18 minit untuk ke perlawanan akhir, di Estadio Mineirao, Belo Horizonte, awal pagi tadi.

Penyerang Jerman, Miroslav Klose turut cipta sejarah apabila memadam rekod penjaring terbanyak piala dunia, Ronaldo dengan 16 gol keseluruhan.

Thomas Mueller memulakan pesta gol pada minit ke-11, diikuti Klose pada minit ke-23, Toni Kroos (m24 dan m-26) manakala jaringan Sami Khedira menyusul di minit ke-29 sebelum pemain simpanan, Andre Schuerrle, meranapkan impian Brazil pada 69 dan 79.

Muller membuka jaringan apabila menolak masuk gol pembukaan selepas menerima hantaran sepakan sudut.

Bagi persaingan kali ini, jurulatih Luiz Felipe Scolari, meletakkan pemain 21 tahun, Bernard bagi menggantikan Neymar.

Dante pula masuk menggantikan ketua pasukan Brazil, Thiago Silva yang tidak dapat bermain kerana dua kad kuning manakala Luiz Gustavo kembali di posisi tengah menggantikan Paulinho.

Bos Jerman, Joachim Loew pula memberikan sepenuh kepercayaan terhadap kesebelasan utamanya yang menumpaskan Perancis 1-0, pada pertemuan separuh akhir.

Klose mengetuai barisan serangan yang kemudianya memperoleh jaringan yang menempatkan dirinya sebagai penjaring terbanyak.

BRAZIL: Julio Cesar; Maicon, Dante, David Luiz, Marcelo, Luis Gustavo, Fernandinho, Hulk, Oscar, Bernard, Fred.

JERMAN: Manuel Neuer; Philipp Lahm, Jerome Boateng, Mats Hummels, Benedikt Hoewedes, Bastian Schweinsteiger, Sami Khedira, Toni Kroos; Thomas Mueller, Miroslav Klose, Mesut Ozil.

PENGADIL: Marco Rodriguez (MEX)
Dikuasakan oleh Blogger.