Header Ads

Jerman mandi peluh sebelum singkir Algeria 2-1

Jerman bermandi peluh sebelum mencetak dua gol pada masa tambahan untuk mengecewakan Algeria 2-1.

Selepas 90 minit di Porto Alegre berakhir tanpa jaringan, pemain gantian Andre Schurrle memecah kebuntuan perlawanan apabila menolak bola ke dalam gawang hasil daripada hantaran lintang Thomas Muller.

Mesut Ozil kemudian melengkapkan kemenangan buat pasukan bimbingan itu Joachim Low itu, tetapi Algeria yang mempamerkan semangat juang yang tinggi mendapat gol saguhati mereka menerusi Abdelmoumene Djabou.

Ketika ramai menjangkakan Jerman mendapat laluan mudah di peringkat ini, Algeria membuktikan mereka memiliki kualiti tersendiri apabila berjaya menceroboh kubu lawan dalam tempoh 20 minit pertama yang menyaksikan gol Islam Slimani dibatalkan kerana ofsaid.

Pasukan dari Afrika itu yang membuat kemunculan pertama di peringkat kalah mati, terus mempamerkan aksi mengagumkan, namun Jerman ternyata lebih berpengalaman dan ampuh untuk menempah pertemuan dengan Perancis di Maracana.

Jerman meningkatkan permainan mereka pada separuh masa kedua, dengan memasukkan Schurrle bagi menggantikan Mario Gotze.

Percaturan itu akhirnya membuahkan hasil sungguhpun Jerman terpaksa menanti lebih lama untuk menjamin tempat mereka.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.