Header Ads

Lelaki binatang: Campak mangsa keluar daripada kereta api selepas dirogol

Seorang lelaki yang ditahan oleh pihak berkuasa atas perlakuan zalim dengan bertindak kejam merogol dan membunuh seorang gadis berusia 13 tahun telah mencetuskan kemarahan orang ramai dan meminta agar lelaki berkenaan dijatuhkan hukuman mati atas tindakan zalimnya itu

Menurut laporan AP, mangsa rogol dibunuh secara kejam apabila suspek menolak mangsa dari sebuah kereta api yang sedang bergerak dalam perjalanan semalaman dari selatan Thailand.

Menurut pihak Polis, Kolonel Napanwut Liemsa-Nguan, komander Bahagian Perlindungan Wanita Kanak-kanak, mayat gadis itu ditemui awal pagi Selasa berhampiran landasan kereta api di daerah wilayah Pranburi Prachuap Khirikhan.

Kata polis, mangsa bersama-sama adik-beradiknya sedang pulang dari melawat nenek mereka, namun telah hilang pada malam Sabtu dari tempat tidur ketika dalam perjalanan dari wilayah selatan Surat Thani ke ibu negara, Bangkok.

"Kes-kes rogol dalam pengangkutan awam jarang berlaku sangat di Thailand, namun kes ini menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam sistem keselamatan yang membolehkan suspek untuk melakukan jenayah," kata Napanwut.

Lelaki yang ditangkap dilaporkan seorang pekerja dari perkhidmatan kereta api berkenaan.

Napanwut berkata, suspek mengaku kepada pihak polis yang dia telah methamphetamine (dadah) dan mabuk selepas minum minum keras ketika kejadian merogol dan membunuh.

Lelaki berkenaan kini berdepan tuduhan rogol, menyembunyikan badan dan pembunuhan yang boleh membawa kepada hukuman mati.
Dikuasakan oleh Blogger.