Header Ads

Masa depan MAS tidak menentu - Penganalisis

Susulan berlakunya nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang didakwa ditembak jatuh kumpulan militan pro Russia di ruang udara sempadan Ukraine-Russia pada Khamis lepas, kini MAS berdepan masa depan tidak menentu apabila sahamnya turun 13.33 peratus pada awal sesi dagangan pada Jumaat.

Menurut Bernama, saham MAS turun kepada 19.5 sen dengan sejumlah 281.162 juta saham diniagakan. Ia mencecah paras terendah dalam tiga minggu apabila dibuka 19 sen pada sebelah pagi.

Kini timbul persoalan, apakah MAS mampu bertahan selepas mengalami dua tragedi besar dalam tempoh beberapa bulan.

"Ini (dua nahas) tidak pernah berlaku dalam sejarah syarikat penerbangan, dua pesawat besar ditimpa tragedi dalam beberapa bulan," kata Bertrand Grabowski, pengarah Department di DVB Bank.

"Sokongan daripada kerajaan harus lebih jelas dan mungkin lebih besar," ujarnya lagi seoerti dipetik BBC.

Tragedi MH17 ini merupakan bencana kedua yang menimpa syarikat penerbangan Malaysia tahun ini selepas penerbangan MH370 hilang pada bulan Mac lepas.

Mengalami kerugian beberapa tahun

Sebelum ini MAS dilaporkan mengalami kerugian dalam beberapa tahun dan nilai pasaran menyusut lebih 40 peratus dalam tempoh sembilan bulan terakhir.

Dilaporkan MAS mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012.

Kerugian itu direkodkan di sebalik peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013 berbanding RM187 juta pada akhir 2012.

Syarikat pelaburan negara, Khazanah Nasional dilaporkan ingin mengambil alih syarikat penerbangan negara itu.

Selaku pemegang saham terbesar MAS, Khazanah sedang menimbang tiga pilihan dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbagan kebangsaan itu.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokthar berkata, tiga pilihan itu adalah menjual syarikat tersebut, menyuntik tambahan modal atau mengisytiharkan bankrap.

Para penganalisis berkata, pelaburan lebih besar diperlukan jika MAS mahu kelangsungan operasinya dalam jangka masa pendek.

Mohsin Aziz, Penganalis Penerbangan Maybank Investment Bank berkata, cabaran yang dihadapi Malaysia Airlines 'sukar untuk diatasi'.

Tanpa suntikan dana yang mencukupi, syarikat berkenaan tidak akan dapat bertahan lebih dari setahun, tambah Mohsin.

Walaupun syarikat penerbangan itu berjaya mendapatkan pembiayaan yang mencukupi, kelancaran perjalanan jangka panjang syarikat masih tidak menentu, kata penganalisis
Dikuasakan oleh Blogger.