Header Ads

MH17: Ukraine tuduh militan pro Russia cuba musnah bukti

Keadaan ruang kokpit yang teruk musnah.
Ukraine telah menuduh kumpulan pemisah pro-Rusia cuba untuk memusnahkan bukti berkaitan satu "jenayah antarabangsa" di lokasi terhempasnya pesawat Malaysia Airlines MH17.

Menurut BBC, pada hari kedua, pergerakan Pasukan dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, OSCE, terdiri daripada 30 anggota di tempat kejadian sangat terhad dan banyak disekat oleh kumpulan pemisah.

Dilaporkan ia menimbulkan kemarahan dari Belanda yang mempunyai penumpang paling ramai.

Pesawat MH17 berkenaan dilaporkan terkena peluru berpandu ketika berada di ruang udara kawasan pemberontak di timur Ukraine pada Khamis.

Semua 298 orang penumpang termasuk anak kapal telah terbunuh.

Masing-masing, Ukraine dan kumpulan pemisah saling menuduh antara satu sama lain konon telah menembak jatuh pesawat berkenaan.

Pesawat Boeing 777 penerbangan MH17 itu terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Ia jatuh antara Krasni Luch di rantau Luhansk dan Shakhtarsk di wilayah berdekatan Donetsk.
Dikuasakan oleh Blogger.