Header Ads

Mustafa Ali nafi usaha ajak Khalid Ibrahim sertai PAS

Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali menafikan berusaha mengajak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai PAS dalam pertemuan mereka sebelum ini.

Mustafa berkata, kunjungan beliau bersama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke kediaman Khalid lewat malam Sabtu itu hanya sebagai ziarah "bulan puasa."

"Saya pergi (rumah Khalid) pasal puasa. Jumpa bulan puasa. Dia (Khalid) dah lama tak jumpa tok guru (Hadi).

"Orang kalau nak bincang (mesti ambil masa) lama, ini tak sempat datang jam 11 malam selepas tarawih semua," jelas beliau ketika ditemui di sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat di Petaling Jaya semalam.

Sebuah gambar yang menunjukkan Khalid duduk bersama Mustafa dan Hadi disebarkan di media sosial sejak Ahad lepas.

Gambar itu menimbulkan spekulasi Khalid akan menyertai PAS kerana parti beliau PKR mahu menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.

Mengulas mengenai pendirian PAS dan majlis setiausaha Pakatan Rakyat, Mustafa berkata keputusan mereka akan mengikut keputusan mesyuarat Majlis Presiden gabungan pembangkang.

Beliau menyatakan majlis presiden akan mengadakan satu mesyuarat sebelum hari raya dan pastinya mereka akan membincangkan hal kemelut MB Selangor ini.

"Apa- pa pun perkara ini perlu dilakukan dengan keputusan bersama. Untuk keputusan bersama kena ikut majlis presiden.

"Saya tak letak jangka masa bila perkara ini akan selesai, tapi apa yang dibuat mesti didahului (keputusan) majlis presiden," kata beliau.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.