Header Ads

Obama isytihar sokong zionis serang Gaza

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama isytiharkan memberi sokongan beliau terhadap pencerobohan ketenteraan yang dilancarkan oleh regim zionis Israel ke atas Gaza, Palestin.

Menurut Obama, langkah itu perlu dilakukan zionis untuk mempertahankan diri mereka dari serangan roket Hamas Palestin.

"Kami menyokong usaha tentera mereka (zionis) untuk memastikan roket dari Hamas tidak dilancarkan," kata Obama dalam sidang media di White House, Washington DC, seperti dipetik dari Fox news hari ini.
Dikuasakan oleh Blogger.