Header Ads

Pemberi dan peminta sedekah berdepan hukuman

Pemberi sedekah akan berhadapan tindakan saman seandainya 'membantu' pengemis di ibu kota.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, selain itu, peminta sedekah juga akan berdepan hukuman sama seandainya mengemis di tempat tumpuan.

"Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat.

"Langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara," katanya.

Tengku Adnan berkata demikian selepas mesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa agensi berkaitan.

Jelasnya, keputusan itu antara yang diambil di dalam mesyuarat berkenaan selain perbincangan masalah kebersihan serta isu gelandangan.

Jelasnya, kebanyakan peminta sedekah merupakan orang asing.

"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.

"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," ujarnya.

Jelasnya, langkah itu diambil bagi membersihkan kawasan tersebut daripada peminta sedekah terutamanya di pusat beli-belah Lot 10 dan Pavilion.

“Kata Tengku Adnan, kementeriannya juga akan memperketat undang-undang bagi mengatasi masalah ini, seterusnya merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan itu.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.