Header Ads

Pemberontak rebut mayat mangsa nahas MH17

Kumpulan pemisah memaksa pekerja keselamatan untuk menyerahkan 196 mayat yang ditemui kepada mereka dan membawanya ke bandar yang dikuasai kumpulan pro-Rusia, lapor AP.

Sementara itu, Ogranisation for Security and Co-operation in Europe dalam pasukan pemantauan khas dilaporkan melihat mayat berada dalam “beg mayat profesional” dan dibawa ke sebelah jalan oleh “pakar” yang tidak diketahui.

Sementara itu, agensi berita Rusia mendakwa mayat-mayat itu dihantar ke Donetsk, bandar yang dikuasai kumpulan pemisah, sementara kerajaan Ukraine mahukan ia dihantar ke Kharkiv, bandar yang dikuasai kerajaan mereka.

“Di mana mereka simpan mayat..kami tidak tahu,” jurucakap kementerian darurat Nataliya Bystro dipetik sebagai berkata.

Juga, masih tiada penjelasan berhubung nasib mayat 102 lagi yang belum ditemui.
Dikuasakan oleh Blogger.