Header Ads

Penduduk Israel terbunuh, Netanyahu marah

Walaupun tidak setimpal, namun ianya telah menimbulkan kemarahan pemerintah negara haram zionis apabila seorang penduduknya terbunuh selepas terkena roket yang dilancarkan tentera Hamas dari wilayah Gaza.

Semenjak 8 hari, lebih 200 orang penduduk Gaza terkorban, hampir 1,000 rumah penduduk musnah dan kira-kira 17 ribu warga Gaza terpaksa melarikan diri akibat serangan udara regim zionis terhadap wilayah Gaza.

Namun hari ini, sebuah media melaporkan, seorang warga zionis telah terbunuh selepas terkena roket yang dilancarkan dari wilayah Gaza. Dilaporkan kejadian yang berlaku di wilayah Erez itu telah membunuh seorang lelaki berusia kira-kira 40 tahun.

"Mangsa (yang terbunuh) adalah lelaki yang bekerja berhampiran sempadan," kata seorang pegawai polis.

Menurut Reuters hari ini, ketika roket dilancarkan, penduduk di sekitar wilayah berkenaan berada dalam keadaan panik sambil siren kecemasan dibunyikan. Ambulans turut dikerahkan ke lokasi letupan, namun tiada kematian lain dilaporkan akibat serangan berkenaan.

Tidak berapa lama selepas kejadian, pihak Hamas mendakwa bertanggungjawab atas serangan roket yang membawa maut penduduk zionis itu selepas kedua-dua pihak mengisytiharkan meneruskan pertempuran selepas adanya cadangan gencatan senjata dari Mesir.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berjanji akan meningkatkan serangan ke atas Gaza.

"Hamas membuat kita tidak mempunyai pilihan selain meneruskan peperangan," kata Netanyahu selepas mendapat berita terbunuhnya warga Yahudi itu.
Dikuasakan oleh Blogger.