Header Ads

Perjuangan hak sivil komuniti Islam Amerika berterusan

Tiga belas tahun selepas peristiwa serangan 11 September, penduduk Amerika beragama Islam dan kelahiran Arab masih lagi berdepan diskriminasi dan prejudis di kalangan penduduk awam di AS, kata aktivis hak-hak sivil penduduk Arab Amerika.

"Ia situasi (diskriminasi) lebih buruk bagi kami," kata Nadia Tonova, pengarah eksekutif Rangkaian Nasional untuk komuniti Arab Amerika (NNAAC) di Dearborn, Michigan.

"Kami di komuniti sentiasa disyaki melakukan aktiviti 'bawah tanah'. Ia betul-betul tanggapan tidak betul."

Komuniti NNAAC berbelanja $USD4.5 juta untuk melancarkan kempen 'take on hate' ke akar umbi di New York City pada 15 Julai, untuk penduduk Amerika keturunan Arab Islam dalam berdepan situasi berat sebelah dan Prejudis masyarakat awam AS.

Kempen berkenaan dibiayai oleh Yayasan Open Society Dan Kumpulan Wang Proteus bagi memberi tumpuan kepada mencapai perubahan dasar umum, mendidik orang awam AS tentang orang Islam dan aktivis masyarakat memberikan satu platform untuk menghalang berlakunya diskriminasi.

Kempen berkenaan turut bertujuan mencabar tindakan diskriminasi dalam insiden yang berlaku pada 16 Jun ketika dalam perbincangan Yayasan Warisan Konservatif di Washington, DC.
Dikuasakan oleh Blogger.