Header Ads

Pesawat MAS MH17 belum disahkan kena tembak - Hishammuddin

Cebisan bangkai pesawat MAS yang hancur selepas terhempas di Ukraine, semalam.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata belum ada pengesahan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh.

Beliau berkata pihak berkuasa Malaysia masih menyiasat laporan berita oleh agensi berita antarabangsa bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh berhampiran sempadan Ukraine dan Rusia.

"Tiada pengesahan ia telah ditembak jatuh, tentera kita telah diarah untuk menyiasat. Saya juga sedang berhubung dengan Kementerian Pengangkutan," katanya dalam tweet beliau hari ini.

Agensi berita antarabangsa melaporkan pesawat Malaysia, Boeing 777 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia hari ini.

MAS dalam tweet terbaharunya berkata ia terputus hubungan dengan MH17 dan kedudukan terakhir pesawat itu di ruang udara Ukraine. -Bernama

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.