Header Ads

Pogba bantu Perancis layak ke suku akhir

Satu tandukan daripada Paul Pogba dan gol sendiri Joseph Yobo menceriakan Perancis untuk layak ke suku akhir buat menggapai impian besar ketika jurulatih, Didier Deschamps berulang kali menyebut semangat anak didiknya sama seperti barisan 1998 yang menjuarai Piala Dunia di halaman sendiri.

Skuad bergelar The Bleus itu menewaskan Nigeria 2-0 dalam saingan pusingan kedua di Stadium Nasional Mane Garrincha dengan dua gol hadir pada 11 minit terakhir permainan.

Perancis akan menentang Jerman dalam saingan suku akhir pada 4 Julai ini di Stadium Maracana, Rio de Janeiro.
Dikuasakan oleh Blogger.