Header Ads

Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma sempena Aidilfitri

Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) menawarkan pemeriksaan kenderaan persendirian secara percuma kepada orang ramai bersempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

Dalam satu kenyataan media, pemeriksaan percuma Puspakom itu ditawarkan di semua cawangan seluruh negara dan akan bermula dari 9 hingga 26 Julai ini.

Menurut kenyataan berkenaan, pemeriksaan percuma itu merangkumi lapan peringkat pemeriksaan yang menyeluruh, iaitu pengesahan edentiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, suspensi dan ketelusan cermin.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian bebas tol Puspakom 1-800-88-6927 atau layari laman web www.puspakom.com.my.
Dikuasakan oleh Blogger.