Header Ads

Rafizi kena fitnah kelab Che Det, laporan polis akan dibuat

PALSU: Printscreen yang didakwa daripada laman Twitter Rafizi.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilaporkan akan membuat laporan polis berkaitan satu fitnah dan kenyataan palsu oleh sebuah laman sosial terhadap beliau berkaitan isu pesawat MH17 yang terhempas, semalam.

Semalam, dalam laman sosial Facebook Kelab Che Det dilaporkan telah menyiarkan sebuah 'printscreen' konon Rafizi memberi amaran kepada kerajaan 'jangan mengguna duit rakyat untuk rasuah kumpulan pemisah bagi mendapatkan kotak hitam pesawat MH 17' yang didakwa daripada Twitter milik Rafizi.

Printscreen Twitter berkenaan berbunyi "jgn guna duit rkyt utk rasuah militan Ukraine serah kotak hitam. PBB kena siasat @UN". Semalam di laman Fan Page kelab penyokong mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir itu telah menyiarkan printscreen berkenaan kononnya datang daripada Twitter milik Rafizi.

Selepas beberapa hari Rafizi dikatakan lama tidak ber'tweet' dalam Twitternya, hari ini menjelaskan bahawa siaran printscreen twitter itu adalah palsu dan fitnah.

"Saya dah bbrp (beberapa) hari tidak tweet. Tweet yg dipaparkn di fb kelab che det adalah palsu & fitnah," tulis Rafizi dalam Twitternya hari ini.

Selepas menyedari berkaitan fitnah terhadap dirinya itu, Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR dikatakan akan membuat satu laporan polis terhadap printscreen twitter yang didakwa datang darinya.

"Saya akan buat laporan polis kpd kelab che det," kata Rafizi lagi.

Rafizi turut memberi bayangan dalam tweetnya, kerja fitnah berkenaan datangnya daripada Umno.

"Ini fitnah umno, " jelas Rafizi.

"U kena tipu dgn cybertroopee umno. Itu fake (palsu) tweet...Jgn tertipu dgn propa umno terbaru: take printscreen twitter," beritahu Rafizi kepada rakan Twitternya. -WarkahDaily
Dikuasakan oleh Blogger.