Header Ads

Remaja bunuh diri selepas rakaman seksnya tersebar

Seorang remaja berusia 14 tahun bertindak membunuh diri selepas sebuah video yang didakwa memaparkan dirinya sedang melakukan aktiviti seks telah tersebar di laman sosial.

Sebelum berita kematiannya, Matthew Burdette, berada dalam kemurungan dan meninggalkan mesej terakhir bahawa dirinya tidak boleh bersekolah lagi.

Mesej itu ditulis Matthew, sebelum ia melakukan bunuh diri ketika sedang bercuti bersama keluarganya pada penghujung tahun lepas.

Kejadian itu bermula ketika Matthew meninggalkan kelas untuk makan biji kuaci sebelum ke tandas.

Seorang rakan sekelasnya kemudian secara diam-diam mengekori dan merakam aktiviti Matthew serta memuat turun ke SnapChat dan Vine.

Berikutan kejadian itu, ibubapa Matthew, Timothy dan Barbara Burdette mendakwa kakitangan sekolahnya, University City High School di California, tidak bertindak untuk mencegah perbuatan rakan anaknya itu.

"Selepas rakaman itu disebar, Matthew sentiasa dibuli, diganggu dan diejek oleh rakan-rakan sekolahnya yang telah menonton rakaman aksinya itu," kata Timothy dan Barbara kepada San Diego Unified School District, seperti dipetik dari portal Mirror hari ini.

Namun begitu, menurut laporan, tidak dijelaskan apakah aktiviti seks yang telah dilakukan Matthew dalam tandas.
Dikuasakan oleh Blogger.