Header Ads

Robben: Kami layak menang tempat ketiga

Dikr Kuyt dan Robben bersama medal tempat ketiga Piala Dunia FIFA 2014.
Selepas tamat perlawanan, Arjen Robben mengaku pasukannya memang layak memenangi tempat ketiga kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil selepas berjaya membenam pasukan tuan rumah dalam aksi penentuan tempat ketiga pagi tadi.

Oranje memastikan mereka menjadi pasukan bola sepak ketiga terbaik di dunia selepas berjaya menghancurkan impian Brazil dengan kemenangan 3-0 di Brasilia. Gol-gol jaringan Robin Van Persie, Daley Blind dan Georginio Wijnaldum terus menenggelamkan pasukan Samba yang sebelum ini dimalukan Jerman 1-7.

Robben yang dipilih menjadi 'Man of the Match', menyebut bahawa pasukannya memang layak di tempat ketiga walaupun sebelum itu ramai menyangka mereka berdepan laluan sukar untuk meraih kejayaan itu.

"Memenangi perlawanan ini adalah cara terbaik untuk mengakhiri perjalanan kami dalam kejohanan ini. Tak diragukan lagi bahawa kami layak untuk menang tempat ketiga dan tak ada orang yang menyangka hasil ini (sebelum bermulanya kejohanan)," ujar Robben dalam portal rasmi FIFA.

"Ini adalah pencapaian yang hebat," tambahnya.
Dikuasakan oleh Blogger.