Header Ads

Serangan regim terus mengganas: Angka korban meningkat 159, lebih 1,000 cedera

Empat hari serangan udara oleh roket tentera regim zionis Israel semalam, sekurang-kurangnya sebuah masjid dan pusat untuk orang kurang upaya menjadi sasaran terbaru roket regim yang melanda Semenanjung Gaza.

Selain bangunan dibom, menurut sumber pasukan perubatan Palestin, angka kematian daripada empat hari serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza meningkat kepada 159 semalam.

Majoriti yang terbunuh adalah orang awam, lapor agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa bagi hal ehwal kemanusiaan manakala lebih daripada 1,000 orang telah cedera.

Menurut berita Xinhua, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata negaranya akan meneruskan kempen memerangi Semenanjung Gaza dan zionis bersedia melancarkan serangan darat dengan kekuatan 40,000 anggota tentera yang telah bersiap sedia dengan jentera berat di sempadan Gaza.

"Saya akan berhenti apabila matlamat kami (Regim Israel) dapat direalisasikan. Dan matlamat utama ialah untuk mengembalikan keamanan," kata Netanyahu dalam satu sidang akhbar yang disiarkan televisyen pada Jumaat.

Sehingga ini belum ada apa-apa tekanan oleh negara kuasa besar dunia mahupun negara-negara umat Islam terhadap Israel agar menghentikan operasi pembunuhan rakyat Palestin itu.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Palestin Mufeed al-Hassayna berkata, sehingga kini 190 buah rumah telah musnah keseluruhan manakala 6,300 buah lagi separuh musnah.

"Ada 190 unit rumah telah musnah seluruhnya dan 6,300 lagi rosak sebahagiannya oleh operasi ketenteraan Israel di Gaza," Mufeed.

Israel mula melakukan serangan pada Selasa konon sebagai tindak balas serangan roket dari Gaza yang didakwa hasil tembakan kumpulan Hamas. Tempoh empat hari, lebih daripada 1,000 sasaran di Gaza oleh serangan udara Israel.

Lapor LA Times, serangan udara tentera regim telah memusnahkan balai polis dan ibu pejabat keselamatan di penempatan di selatan Gaza pada pagi Ahad (hari ini waktu tempatan).

Dalam perkembangan lain, satu berita yang dipetik tentera Israel berkata, empat pegawai khas angkatan tentera regim telah mengalami kecederaan ketika melakukan serbuan ke atas sebuah tapak pelancaran roket di utara Gaza dan ia merupakan kali pertama tentera regim Israel telah menyeberang ke Gaza semenjak berlakunya konflik terbaru ini.
Dikuasakan oleh Blogger.