Header Ads

Tak perlu perbesar Khalid berbuka bersama Najib

Tiada apa yang perlu diperbesarkan apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri majlis berbuka puasa anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pertemuan seperti itu bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan kedua-duanya adalah pemimpin tertinggi negeri dan negara, lapor Selangor Kini.

Katanya, pertemuan itu juga tidak harus dilihat melalui skop politik dan perlu dilihat secara lebih terbuka.

“Takkan dia (Abdul Khalid) tidak boleh berjumpa dengan Perdana Menteri. Takkan semua benda kita nak tengok daripada lensa parti.

“Jadi, saya tidak nampak apa-apa isu yang besar, saya juga baik dengan kawan Umno,” katanya dalam sidang media di Dewan Annexe, Shah Alam kelmarin.
Dikuasakan oleh Blogger.