Header Ads

[Video] Hamas miliki pesawat pengintip canggih

Tentera regim zionis Israel berkata mereka telah menembak jatuh pesawat pengintip tanpa juruterbang berhampiran bandar Ashdod selepas Hamas dilaporkan telah melancarkan beberapa pesawat dalam 'misi khas' mereka.

Menurut tentera zionis, mereka telah menembak jatuh pesawat tanpa pemandu berkenaan berhampiran pantai selatan, dan merupakan kali pertama berdepan pesawat tanpa pemandu sejak tujuh hari zionis menyerang Gaza.

Kumpulan Hamas yang menguasai Gaza berkata, sayap bersenjatanya telah menghantar beberapa pesawat untuk menjalankan 'misi khas' terhadap regim zionis - jika disahkan, ini menandakan satu perkembangan kecanggihan senjata mereka.

Tentera regim mendakwa pesawat canggih itu datang dari Gaza namun ia telah ditembak jatuh pada hari Isnin oleh peluru berpandu patriot berhampiran bandar selatan daya Ashdod.

Menurut tentera regim itu lagi, mereka sedang mencari serpihan di kawasan berkenaan kira-kira 25km dari utara Gaza bagi menentukan sama ada pesawat itu telah menjalankan misinya.

Semenjak Gaza diserang selama tujuh hari, 172 rakyat Palestin termasuk 29 kanak-kanak dan 19 wanita telah terbunuh dan 1,230 lagi cedera, lapor media.

Dalam satu kenyataan agensi PBB bagi pelarian Palestin, UNRWA, seramai 17,000 orang telah mendapatkan perlindungan di premis mereka.


Dikuasakan oleh Blogger.