Header Ads

Angkatan Muda mahu PKR pertimbang Azmin sebagai MB

Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mempertimbangkan cadangan PAS supaya memasukkan timbalan presiden partinya, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor.

Dalam kenyataan medianya, Setiausaha AMK Julailey Jemadi berkata, perkara itu dicapai pada mesyuarat yang diadakan hari ini.

"AMK menyambut baik komitmen PAS di dalam keputusan mesyuarat jawatankuasa pusatnya untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat.

"AMK Pusat di dalam mesyuarat sebentar tadi bersetuju untuk mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mempertimbangkan semula cadangan PAS supaya memasukkan nama Mohamed Azmin Ali, timbalan presiden PKR sebagai calon kedua," katanya.

Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Azmin sebagai pengganti Khalid di samping nama sedia ada Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini dan mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada PKR.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.