Header Ads

Aplikasi boikot produk Israel dapat sambutan

Satu aplikasi memboikot produk Israel terus mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia.

Aplikasi boikot di bawah kumpulan Long Live Palestine itu kini mempunyai lebih sejuta pengguna berdaftar.

Laman web boikot itu berkata, kumpulan itu ditubuhkan April lalu oleh seorang remaja Britain.

"Jumlah pengguna berdaftar dijangka meningkat 30 peratus dalam tempoh 12 jam menjelang hari ini," katanya dipetik RT

Menurutnya, terdapat 49 syarikat disenaraikan untuk diboikot kerana mempunyai kaitan dengan Israel.
Dikuasakan oleh Blogger.