Header Ads

Bank sperma baru elak risiko guna penderma tidak berdaftar

UK mengalami kekurangan sperma.
Sebuah bank sperma akan dibuka di Birmingham, England, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan menghadapi kekurangan bekalan di UK.

Pengumuman itu akan memberi peluang kepada golongan heteroseksual, pasangan sejenis dan wanita tunggal menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Selain itu, penduduk dari etnik minoriti juga berpeluang untuk memilih penderma sperma yang sesuai.

Bank sperma baru yang dijadualkan bermula pada bulan Oktober akan datang akan diuruskan oleh Badan Amanah Derma Pembiakan Kebangsaan bersama Hospital Wanita Birmingham.

Antara pembiaya bank sperma berkenaan adalah dari Jabatan Kesihatan dengan geran dana bernilai £ 77,000 (RM415 ribu).

Sehingga kini terdapat kekurangan penderma sperma di UK, terutamanya di klinik rasmi perkhidmatan kesihatan British (NHS). Rawatan untuk pesakit yang memerlukan penderma sperma semakin menjadi satu masalah besar di negara itu.

Menurut pihak berkaitan, bank sperma yang baru itu akan mengurangkan jumlah pesakit yang mengambil risiko menggunakan perkhidmatan penderma sperma tidak berdaftar.
Dikuasakan oleh Blogger.