Header Ads

Bekas Mufti Wilayah kembali ke rahmatullah

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahaya telah kembali ke rahmatullah jam 1.50 petang ini (semalam) di Al-Islam Hospital Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Jenazah dikeluarkan dari hospital dan dibawa pulang ke rumah Allahyarham di No 90 Jalan 9/6 Seksyen 9 Shah Alam untuk diuruskan dan dikebumikan kira-kira jam 5.30 petang ini (semalam).

Allahyarham dilahirkan pada 3 Julai 1939 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkelulusan B.A Syariah, Universiti Al-Azhar, Diploma Pendidikan, Universiti Ain Syam, Kaherah dan Sarjana Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau pernah menjadi Naib Pengetua Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan pada 1970 hingga 1980, Ketua Akademi Islam, Universiti Malaya (1911-1995), Pensyarah Kuliah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1995-1997) dan selepas itu sebagai Mufti Wilayah Persekutuan hingga 2003.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.