Header Ads

Dr Mahathir saran Malaysia sekat internet

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pendiriannya untuk menyarankan agar Malaysia membuat sekatan terhadap Internet kerana penggunaannya telah banyak membawa kesan yang negatif seperti meruntuhkan moral awam.

Sebelum ini Dr Mahathir tidak setuju untuk mengenakan sekatan terhadap internet, namun apabila membayangkan kesan moral yang negatif kepada masyarakat hari ini menyebabkan beliau bertukar fikiran.

“Jika kita lihat keadaan semasa, internet telah menggugat moraliti awam dengan kebanyakkan anak-anak telah pandai mengakses video ponografi daripada media cetak dan elektronik.

“Hari ini kanak-kanak tidak selamat lagi kerana boleh mengakses video lucah dan menyebabkan gangguan seksual semakin meningkat.

“Anak-anak muda lelaki dan perempuan juga tidak selamat kerana Internet telah membangkitkan perasaan yang kita telah kekang sebelum ini,” katanya dalam entri terbarunya diblognyawww.chedet.cc.

Tambahnya lagi, beliau juga telah menjadi mangsa tapisan Internet kerana terpaksa menukar platform blognya sebanyak tiga kali kerana satu firma antarabangsa enggan memberi perkhidmatan untuk menerbitkan blognya.

“Sekatan juga adalah satu bentuk tapisan dan internet ini bukan alternatif percuma kepada media cetak dan elektronik yang dikatakan dikawal oleh kerajaan. Ini kerana tertakluk kepada berapa banyak tapisan berbanding yang diamalkan oleh kerajaan.

“Mereka yang menjadi tuan rumah yang boleh menapis dan banyak cara lain masa ini untuk mengawal media baru yang berkuasa untuk menapis demi kepentingan politik mereka.

“Saya rasa sudah tiba untuk berhenti bercakap mengenai kebebasan media dan mengakulah bahawa sebarang bentuk akhbar cetak perlu ditapis,” jelasnya.

Kata Dr Mahathir, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kini secara terbuka disebut-sebut sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia.

“Sekarang LGBT diterima oleh masyarakat normal yang telah terpengaruh dengan amalan mereka yang dilahirkan serba kekurangan.

“Lebih teruk lagi, terdapat agama yang melanggar perintah larangan terhadap seks songsang semata-mata dilihat mengikut peredaran masa,” ujarnya.

Sumbang Maharam, seks kanak-kanak, seks luar tabii dengan haiwan, dan pesta liar yang dianggap salah masa ini akan menjadi sebahagian daripada ungkapan kebebasan dan kesaksamaan. Semua ini dipromosikan di dalam internet.

“Saya tidak peduli bagaimana suci kebebasan tetapi saya fikir sudah masanya untuk kerajaan Malaysia menapis internet,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.