Header Ads

Dua terbunuh feri 200 penumpang terbalik

Sebuah feri yang membawa 200 penumpang dilaporkan telah karam di Sungai Padma, terletak kira-kira 30 kilometer barat daya ibu kota Bangladesh, Dhaka pada Isnin, lapor BBC.

Menurut Ketua Pengangkutan Air Bangladesh, Samsuddoha Khondaker, insiden berkenaan berlaku pada pagi Isnin ketika feri tersebut merentasi Sungai Padma di Daerah Munshiganj.

Setakat ini, 2 orang dilaporkan dibunuh akibat feri berkenaan terbalik.

Timbalan Ketua Daerah Munshiganj, Mohammad Saiful Hasan Badal berkata, 50 penumpang berjaya diselamatkan dari kapal yang berdaftar dengan nama Pinak-6 itu.

Beberapa penumpang yang berjaya diselamatkan memberitahu televisyen tempatan bahawa feri berkenaan dimuatkan dengan lebihan muatan penumpang sehingga menyebabkan ianya terbalik ketika arus sungai yang kuat pada kelajuan pertengahan.

"Orang ramai panik dan menjerit," kata Mia Khokon, salah seorang penumpang terselamat.

"Tidak ada jaket keselamatan atau bot penyelamat bot (dalam feri). Saya terapung di dalam air. Beberapa orang dari bot laju (penyelamat) datang dan menyelamatkan saya," katanya lagi.

Kemalangan feri karam adalah perkara biasa di Bangladesh kerana pengawasan yang lemah daripada pihak keselamatan berdasar piawaian sistem pengangkutan air.

Sebelum ini, pada Mei lalu, kemalangan yang sama telah berlaku di lokasi yang sama, menyebabkan 58 orang penumpang feri telah terbunuh.
Dikuasakan oleh Blogger.