Header Ads

DUN Kelantan umum kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini mengumumkan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, minggu lalu di China, akibat penyakit barah hati.

Menurut Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya'kub, pengumuman itu dilakukan selepas DUN negeri menerima surat rasmi kematian Allahyarham, pagi ini.

Surat rasmi kematian berkenaan diterima daripada Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Tambahnya lagi, satu surat rasmi dari pejabat DUN Kelantan akan dihantar ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi berkenaan.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.