Header Ads

Gambar kepala khinzir pada coklat Cadbury

Gambar coklat Cadbury yang tertera gambar kepala khinzir tersebar di laman sosial. Foto oleh Facebook Rashidah Mohd Yusoff/ Malaysian Insider.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya, namun gambar 'rupa' bar coklat jenama Cadbury yang tertera gambar kepala khinzir telah tersebar meluas di laman sosial Facebook.

Dilaporkan sebuah portal berita, ianya telah dibeli oleh seorang dan gambar bar coklat yg tertera kepala khinzir itu tersebar 3 hari lepas di laman sosial milik Rashidah Mohd Yusoff.

Tidak dapat dipastikan sama ada coklat ini dibelinya sendiri atau milik orang lain.

Sejak dimuatnaik, gambar dan status Rashidah sudah dikongsi lebih 300 kali. Dalam status yang dimuatnaik bersama gambar tersebut, Rashidah menyatakan rasa kesalnya kerana perkara sebegini berlaku.

Pandangannya dipersetujui ramai, malah ada di kalangan rakannya yang menulis di ruang komen mengatakan perkara seperti ini sekali lagi bukan setakat menyentuh isu sensitif di kalangan masyarakat umat Islam di negara ini, bahkan pihak berkenaan seolah-olah dilihat cuba mempermainkan umat Islam.

Mungkin pihak Cadbury ada penjelasan?
Dikuasakan oleh Blogger.