Header Ads

Helikopter PBB jatuh di Sudan, 3 mati

PBB mengesahkan salah satu helikopter pengangkut barangnya telah jatuh di Sudan Selatan, namun pelbagai laporan belum dapat dipastikan samada helikopter berkenaan ditembak jatuh.

Seperti yang dilaporkan oleh BBC hari ini, 3 orang mangsa telah terbunuh manakala seorang terselamat, kata anggota misi PBB di Sudan Selatan, sambil menambah kejadian ini sedang disiasat.

Menurut seorang pegawai PBB kepada agensi berita AP, helikopter Mi-8 tersebut telah ditembak jatuh.

Ribuan orang terbunuh tahun ini kerana pertempuran sengit antara tentera Sudan Selatan dan pasukan pemberontak.

Pemerintah Bentiu, ibu negeri yang kaya dengan minyak, telah bersilih ganti beberapa kali namun telah berlakunya gencatan senjata berkuat kuasa hari ini.

Pada Isnin lepas, kedua-dua pihak diberikan masa 45 hari untuk membentuk kerajaan bersama.

Seorang pegawai kerajaan menuduh, pasukan penyokong komander pemberontak Peter Gadet menembak jatuh helikopter itu, lapor AP. Namun pasukannya belum memberikan komen.

PBB memainkan peranan penting dalam pemberian makanan kepada 1.8 juta orang yang meninggalkan rumah mereka sejak perang di Sudan tercetus pada Disember lalu. Ramai pelarian berlindung di ibu pejabat PBB di negara berkenaan, termasuk di Bentiu.
Dikuasakan oleh Blogger.