Header Ads

Iran bekal teknologi bangunkan roket Hamas

Zionis Israel mendakwa pencerobohan tentera yang mereka lancarkan ke Gaza, Palestin merupakan usaha untuk mempertahankan diri dari serangan roket Hamas yang kerap dilontarkan ke Tel Aviv.

Sementara menurut Sektretaris Persatuan Dasar Kerajaan Iran Mohsen Rezaei, roket yang dilancarkan Hamas bertujuan untuk mempertahankan diri bagi warga Palestin. Mohsen juga mendakwa roket itu berasal Iran.

Iran dilaporkan sebelum ini telah melakukan pemindahan teknologi kepada Hamas bagi membangunkan senjata beroket namun pemerhati mendakwa tahap kemampuannya masih belum dahsyat dan dilaporkan sentiasa dilumpuhkan sistem pertahanan udara zionis.

"Roket pertahanan Palestin berasal dari teknologi yang kami pindahkan. Kami melakukan (pemindahan teknologi) ini demi pertahanan warga Palestin, sehingga mereka boleh bertahan dari sekatan Israel dan melindungi diri mereka," ujar Mohsen, seperti dipetik dari berita al Arabiya, hari ini.

Mohsen yang juga merupakan bekas Komander Angkatan Bersenjata Iran itu, turut menggesa Hamas untuk menangkap tentera zionis Israel bagi tujuan digunakan untuk rundingan dengan negeri zionis.
Dikuasakan oleh Blogger.