Header Ads

Israel bom pasar Gaza: 17 terbunuh, lebih 200 cedera

Sekurang-kurangnya 17 orang awam terkorban manakala lebih 200 cedera selepas serangan Israel melanda sebuah pasar di Gaza.

Serangan itu dilaporkan telah melemahkan lagi ekonomi Gaza yang berdepan kemusnahan, selain keselamatan penduduk terancam dan tidak terjamin untuk keluar dan membeli makanan.

Pegawai perubatan melaporkan, serangan berkenaan telah memusnahkan pasar yang sibuk di penempatan Shejaiza, minggu ini. Shejaiza terletak antara Gaza dan sempadan Israel. Ada yang menyifatkan serangan tentera zionis kali ini di sekitar kawasan penempatan itu sebagai "pembunuhan beramai-ramai."

Tetapi zionis Israel mendakwa pengeboman mereka di kawasan-kawasan awam adalah sebahagian daripada operasi berterusan bagi menghentikan serangan roket Hamas dan memusnahkan terowong yang dibina Hamas bagi tujuan serangan ke atas Israel.

Namun alasan tentera regim tidak jelas, kerana dilaporkan terowong diguna penduduk Gaza untuk penyeludupan barangan keperluan dan bekalan perubatan dari sempadan.

Sementara itu, menurut sumber tentera regim, lebih 2,600 roket telah dilancarkan dari Gaza sejak tiga minggu lalu. Tentera regim Israel turut mendakwa mereka telah melancarkan beribu-ribu peluru berpandu yang berkuasa tinggi dan bom ke atas Gaza.
Dikuasakan oleh Blogger.