Header Ads

'Italian Tower' di Gaza dibedil roket zionis, 20 tercedera

Rejim Israel telah menyerang sebuah menara di Semenanjung Gaza dan telah mencederakan ramai orang dan mengakibatkan lebih banyak kemusnahan di wilayah yang dikepung itu.

Pesawat rejim zionis melancarkan serangan ke atas menara di penempatan al-Nasr di Gaza City pada hari Isnin, telah mencederakan 20 rakyat Palestin.

Menurut satu rakaman video di CNN dan televisyen yang dikendalikan Hamas, Aqsa TV yang dipetik hari ini menunjukkan roket memusnahkan struktur bangunan yang dikenali sebagai 'Italian Tower' itu.

Dilaporkan penghuni bangunan berkenaan bernasib baik kerana telah berpindah lebih awal selepas serangan pertama dari pesawat udara regim sebelum roket memusnahkan bangunan itu. Namun, menurut Kementerian Kesihatan Palestin, 20 orang telah tercedera dalam serangan udara berkenaan.

Dalam serangan sebelum ini pada hari yang sama, pasukan IDF tentera zionis mendakwa mereka telah memusnahkan roket yang tersembunyi di dalam tempat perlindungan pelarian di Gaza.

IDF mendakwa, sebelumnya itu berlaku tembakan roket dari arah beberapa kawasan kemudahan awam di kem pelarian Al-Shati di utara Gaza, termasuk kemudahan perubatan Shuhada dan Bahkan Sina dan sekolah Zlach Halif.

Kedua sekolah telah digunakan sebagai tempat perlindungan warga Gaza yang meninggalkan rumah mereka.

Dua hari lepas, serangan udara zionis di Gaza telah memusnahkan bangunan pangsapuri 14 tingkat sehinga hancur. Namun begitu, tentera regim berdiam diri mengenai letupan berkenaan.

Setakat ini, menurut data yang dilaporkan dalam Facebook jurucakap kementerian Palestin, Ashraf al-qudra, korban konflik regim Israel - Hamas di Gaza bertambah 9 orang, menjadikan jumlah keseluruhan 2,131 terkorban dan 10,890 tercedera dalam pertempuran sengit 50 hari terakhir.
Dikuasakan oleh Blogger.