Header Ads

Khalid Samad diludah

Anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad dilaporkan telah diserbu dan disekat oleh sekumpulan pemuda Melayu yang dikatakan tidak berpuas hati dengan ahli parlimen itu ketika ingin meninggalkan kompleks mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurut laporan portal Malaysiakini, kejadian itu berlaku ketika Khalid mahu meninggalkan kompleks mahkamah selepas beliau diikat jamin dalam sebuah kes tuduhan menghasut atas kenyataannya yang menggesa agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.

Khalid turut diludah oleh salah seorang ahli kumpulan pemuda berkenaan selepas mengaku diri adalah Khalid Samad.

“Ketika saya mahu meninggalkan (kompleks mahkamah), seorang lelaki Melayu datang kepada saya dan tanya sama ada saya Khalid Samad, anggota parlimen Shah Alam. Lepas saya kata 'ya', dia ludah saya.

“Dan kemudian, datang lagi sepuluh orang dan menghina saya, gelar saya pengkhianat Melayu.

Menurut Khalid, kumpulan pemuda berkenaan mengganggu beliau dengan tempikan sambil berkelakuan liar, namun Khalid mengesahkan kumpulan berkenaan tidak menyentuh beliau.

“Ketika kami bergerak menuju kereta, mereka mula bertempik dan berkelakuan liar. Tetapi mereka tidak sentuh saya,” kata seperti dipetik Malaysiakini.

Insiden yang tidak diduga oleh Khalid itu telah disaksi beberapa orang yang bersama dengan beliau.
Dikuasakan oleh Blogger.