Header Ads

Krisis MB Selangor: PKR dikritik secara meluas di laman sosial

Usaha PKR menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tidak mendapat sokongan yang memberangsangkan di atas talian.

Analisis sentimen terhadap 2,602 pengguna Twitter secara rawak yang menulis tentang krisis itu mendapati, 'serangan' terhadap Khalid menjauhkan pengguna daripada laman blog mikro itu.

"Tindakan Pakatan Rakyat (terutamanya PKR) dalam menghadapi krisis ini secara keseluruhannya dikritik secara meluas termasuk pengguna yang menerima pemecatan Khalid.

"(Pakatan) dilihat mengambil tindakan terhadap Khalid kerana kepentingan mereka sendiri dan bukan kepentingan rakyat," kata agensi analisis media sosial, Politweet.

Selain itu, dapatan agensi tersebut juga mendapati, terdapat corak baru yang muncul dalam tempoh pemerhatian dari 9 hingga 15 Ogos yang menunjukkan "bercakap tentang masalah yang lalu" melibatkan "perkhidmatan menteri besar membuatkan pengguna ragu-ragu" terhadap Pakatan.

"Ini mendorong pengguna untuk menyokong Khalid lagi walaupun terdapat sesetengah yang bosan dengan politik," kata hasil pemerhatian itu.

Hasil daripada pemerhatian itu juga mendapati, keputusan Khalid memecat lima ADUN PKR dan DAP berikutan keengganan mereka untuk menyokongnya juga mendapat sokongan di atas talian.

"Mereka (pengguna Twitter) melihat ia sebagai satu langkah berani dan kepimpinan yang tegas," kata agensi itu.

Bagaimanapun ,sokongan PAS kepada Khalid semasa di awal krisis berlaku menyebabkan pengguna di laman sosial 'berpecah' kerana terdapat pihak yang memuji dan mengkritik tindakan tersebut.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.